Assalammualaikum semua,
Terima kasih kerana mengunjungi Blog suria.Selama ini suria hanya membaca blog kawan2 hingga la timbul di hati ini untuk membuat sesuatu untuk tatapan semua..Suria harap semua suka dgn blog suria ini okay!!..
Blog suria ini adalah mengisahkan aktiviti harian suria tapi akan ditapis terlebih dahulu kerana tidak semua aktiviti kita perlu diberitahu umum betul tak?
Selain itu i ada la juga luahan perasaan suria serta cerita2 menarik perhatian suria... Diharapkan Semua Sentiasa Memberi Komen Anda okay!!!  <Hey PeopLe Out There..This A Little Bit About Me!!!Check It Out!!! Name:Suria KyairulMizah Binti Abu Dahari NickName: Suria, Sue, Baby, Ya, Eija(only my BF called me this) Birthday:11 September 1980 Where da I been Born:Bentong,Pahang Status:Dont Sure Hobby: Reading, Chatting, Talking, Dancing, Singing, Online(Internet), Outdoor Activity, Writting, Window Shopping, Music. My Idol: My dad n Akademi Fantasia What I crazy now: Akademi Fantasia, Work or Study, ADLI!!!! My dream: Wanna Been What I dream Before..Being Singer or Programmer..WOW..2 different things. My Fav Hangout Place: Mohsin,Jasima, Pizza Hut, MC D,TGV One Utama, Mid Valley, KLCC, South City Plaza, Astro,TTDI, Ampang, Coffee Bean, SFC, Uptown, Sri Hartamas, Bandar Sri Damansara, Burger Kings..etc Fav Foods: Garlic Cheese Naan, Fried Kiew Tiaw, Nasi Lemak Ayam, Roti Telur, Sushi, Kiew Tiaw Soup, Wantan Mee, Singapore Kiew Tiaw, Burger King, Mcd,Pizza, Lasagna, Kampung Style and my mom cook.. Fav Drinks: Teh O Ais,+Limau, Hot Choclate. Fav Artiste: Sugar Ray and AF Artiste
|
|
|
 |
|
Sunday, July 24, 2005
Thanks ek sudi baca..walaupun tak update2..sebab mamarazi sibuk ler..lama tak kejar budak2 af..nanti ek..kita cite2..ok ek...sabar ek...Terima Kasih banyak sebab masuk sini...
Posted at 01:32 am by suria
Permalink
Monday, January 24, 2005
Pelancaran Evolusi 1 dan 2
7 January 2005 Sungei Wang Plaza 8 nite till end
Assalammualaikum semua..walaupun sekarang sudah ada AF 2 namun bagi saya AF 1 tetapi di hati saya sampai bila-bila.Kerana mereka la kewujudan Af dengan jayanyer. Walaupun sudah 2 thn kedatangan mereka di persada seni ini. Ada antara mereka menjadi penyampai radio, pengacara, penyanyi, pelakon tetapi mereka tetapi satu dan wujud daripada Akademi Fantasia. Seronok benar apabila di beritahu mereka akan melancarkan album mereka yang sudah lama di pasaran.
Saya terlalu happy kerana rindu benar dengan mereka semua itu terutama Nija, Azza kerana mereka berdua agak rapat dengan saya dan sudah lama tidak bertemu berbanding dengan lain. Saya harap sangat mereka berdua ada tika itu. Saya telah pergi dengan kawan rapat saya semasa sama kejar AF dulu iaitu ATEH. Sudah lama kami tidak buat kerja seperti ini, atas desakan kerana kita datang untuk tunjuk sokongan terhadap mereka kan.
Sesampainyer di tempat parking, terserempak dengan Burn, lepas bersalaman bertepuk tampar dengan mamat tu.Dia pun cakap girls semua di Delifrance. Mula-mula buat bodoh ler sebab fikir lapar kan, tetapi Liza cakap suruh datang situ. Datang la dan terkejut nampak Azza rupanyer minah tu cari gak kiter.hehehe..tak sangka kan. Atie pun ada, abg Azza yg smart tu pun ada.Uiks...:P Selepas acra laser melaser, kami pun lepak McD sebab lapar sangat. Tika tu tak nampak la rakan-rakan yg lain. Entah mereka datang atau tidak. Ops terlupa Si Pink Gurl kita iaitu NaNa in da house ada di Coffee Bean dengan rambut rebonding dia. Chewah2...:P
Ok la dok tunggu pelancaran itu, kami rasa sedih ler sebab tidak ramai yg hadir. Tetapi lambat laun makin lama makin ramai ek. Sebelum cite lebih lanjut, jom kita cerita pasal album Revolusi ini kan.Album Revolusi 1 adalah gabungan daripada Sahri, Adi dan Burn, manakala Revolusi 2 adalah gabungan Nana, Liza, Rosma, Azza, Nija dan Atie. Lagu-lagu mereka boleh tahan terutama Revolusi 1 sure best giler. Resolusi 2 saya suka lagu nyayian Nana-Katakan, Liza- Jangan Pura2 dengan satu lagu single dia, Nija -kenangan pahit dan cengkaman(Rock Bebeh).Masa dok tunggu tu, Nampak la sorang-sorang kawan kita. Happy ler sebab antara mereka dah lama tidak ketemu kan.
Ok la pelancaran di mulakan dengan ucapan daripada Along(PR MAestro) selepas itu diikuti oleh Mr Freddie Fernadez. Dia dok terang ler kenapa lama di lancarkan., begitu begini.Sorry tidak berapa ingat ek. Selepas itu kesemua bintang AF naik ke atas pentas apa lagi mereka semua melancarkan Album mereka itu.Akhirnyer.....:)
Selepas itu, persembahan setiap sorang, tika ini saya ada di back stage sebab ada kerja patut di lakukan. Masa ini la kenangan lalu kembali. Sambil tu, melepaskan rindu dengan semua bintang AF1 terutama Adi, Liza, Azza, burn, nana, Sahri, Rosma dan terutama Nija..my sis!!.Ada la banyak cite kuar..usik mengusik terutama saya kena dengan Adi sebab dulu saya memang rapat dengan Adi tetapi atas sebab tertentu kami tidak rapat seperti dulu.Miss u my buddy!. Tu la mereka tu terutama Sahri dok usik je kita dengan Adi Fashla..ada ke patut..malu den.
Dengan penamatnyer, acara malam itu. Mereka semua pergi press conference n makan2. Masa ini ddk ler lepak kat luar Shakeys tu tengok depa semua tu hah buat apa. Tup-tup guard situ suruh masuk.Apa lagi lepak lagi dengan mereka sambil makan2..Yelah dah Adi sendiri suruh ambil makanan, dengan muka tak malu kami pun makan.Muhahahahaha...Masa ini la nak korek rahsia kan.Orang pun pelik sapa kitaorang ini kan, yelah tiba-tiba muncul terutama ada mcm student yg buat pratikal tu. Ala, jangan kecoh beb.Diorang nih kawan aku ler..hehehe..:) .Kira-kira kul 11 malam kami pun bersurai, em diorang nih pun best je mesra sentiasa. TU la namanyer persahabtan kan.
Ok la tu je ler report hal pasal Pelancaran Album ek..Sorry gambar tak dek sebab bateri habis.. masa tu pun dok pinjam kamera orang suruh ambilkan.Sungguh tidak malu lebih2 pinjam kamera Sahri.Yelah orang baru beli kamera digital, kecil pulak tu.Jangan marah ek Sahri.
Suria Mamarazi AF
Posted at 03:56 am by suria
Thursday, January 06, 2005
Rumah Terbuka Farah Breep..breep..
Breep2 Production 5 Disember 2004
Assalammualaikum semua..
Ok ini merupakan report mengenai RTF..tentu semua kenal dengan finalis Akademi Fantasia Musim kedua ini bukan..Em..sebenarnya kerana kawan saya iaitu Nizal nak sangat bertemu dengan Farah.Suria turutkan sahaja.Nasib baik la tau kat mana kan pejabat Farah itu.Semasa kedatangan kami ke situ, tidak la ramai orang mungkin kerana banyak lagi rumah terbuka kan.Makanan nya amat menyelerakan..ada lemang, kek, kuih muih, apa lagi ek..banyak sangat ler.Memang puas hati la pergi kan.
Semasa kami tiba, ops lupa nak beritahu. Yang pergi satu kereta itu ialah Nizal, Is, Suria, dan Adli tapi masa nak balik si Rosman duduk tumpang we all nak singgah KLCC. Ok sambung semula, masa sampai tu, Farah tengah menghiburkan peminat-peminat nya terutama anak-anak yatim.Baik sungguh budi bintang-bintang AF ini kan. Lepas tu, Suria melantak je la sebab lapar tetapi si Nizal tak habis2 nak berkenalan dengan Farah..entah la pk kawan tu sebab nya layan sahaja.Muhahahaha...
Tengah tengok Farah menyanyi, nampak la sorang mamat itu lain tidak bukan Sultan Muzzafar.Biasa la orang kuat AF kan, sekarang mana2 ada muka dia..muhahahaha..Emcee pada hari itu adalah Abg Hasbullah.Not bad la sambutan yang diterima. Tengah-tengah syok tu, ada la sorang mamat ini..sapa lagi kalau bukan ZAHID.Yang bagusnya Zahid masuk FFC..cayalah macam itu la sokong sesama kawan kan.
Makan-makan udah, ini la masa untuk bergambar..mmg payah la nak bergmbr sebab ramai dok kerumum Si Farah tu kan, biar la orang ramai peminat.Terutama si Nizal tu suka benar nak tangkap gambar dengan Farah, tidak apa la dah dia suka dengan Breep Breep kan..
Ok la tu je dulu mengenai RTF...selepas RT, kami pergi Tower Records....
Suria Mamarazi AF
Posted at 04:59 am by suria
Berbuka Puasa Chatterz Ch 15 Astro
Subang Holiday Villa 7 November 2004
Assalammualaikum semua....sorry la lambat update ek.Bukan apa suria nih bz sangat.Lagipun sekarang dah boleh online di rumah.So senang sikit nak buat keje kan.Kalau tak menampak ler ke cyber cafe itu hah.Ok berbalik kepada cerita kita.Hari tu masa bulan puasa suria ada sertai majlis berbuka puasa bersama Bintang Af di Holiday Villa, Subang.Majlis diakan oleh chatterz ch15. Hari ini merupakan hari paling best tau.
Kira-kira pukul 4 petang macam itu, suria keluar rumah tapi singgah 1Utama sebab ada kawan nak jumpa.Lagipun nak cari kad raya dan kek. Kad tu untuk semua bintang AF tetapi kek adalah untuk seseorang yg istimewa dalam diri suria tau. Yelah ada suprise.Kalau nak tahu, suria dok tipu dia yang tak jadi pergi.Lagipun kami ada sedikit gaduh.So ini la cara nak mengubati hari yang luka chewah..hehehe..ok la kira-kira kul 7 dah berbuka dah nih,suria jemput kawan suria di Kelana Jaya.Masa ini perut dah lapar sangat.Yang kelakar masa ini adalah kete suria termasuk lubang masa nak cari parking.Cuak betul masa tu, nasib baik la ada mamat cina nih tolongkan, kalau tak mmg kes naya la.Lepas itu, masa on da way terserempak dengan Kaer, baik betul dia pergi sembayang.Anak solehah dia kan.Sampai je sana,nampak Zahid serta PR2 mereka kat luar tuh..bersalam-salam dengan mereka.Ops sebelum itu, masa terus cari meja suria.Dan kawan suria terkejut suria datang.Hehehe..Seronok pekenakan dia la. Selepas itu, suria apa lagi makan la..Masa ini ramai yg dok sibuk kejar bintang nak bergambar la macam-macam la.Suria nampak Mas dekat2 area meja Suria. apa lagi pergi la kat dia, kalau nak tahu hari tu Suria dan Adli ada kejar dia masa kat highway utara selatan.So cakap la kita yg drive, dia terkejut dan cakap "Kau, Jangan Bawa Kete laju2 tau"..suria gelak je la.Ala laju mana la..biasa je tu la..Lepas bergambar tu, Suria baru nak lalu makan.Iz masa ni dah makan dah, lapar sangat katanyer.Ramai sangat kawan-kawan yg datang.Syukur alahamdullilah kerna dengan majlis ini dapat bertemu dengan kawan-kawan kan.
Tidak lama lepas tu, Fahrin naik pentas mengatakan acara akan bermula.Biasa la ada ucapan dari pihak astro n leader Chantterez Club kan.Lepas tu ada cabutan bertuah, nyanyi, dan macam-macam ada.Suria tidak ingat la sapa naik pentas dulu dan kemudian.Den lupa la..sorry la kawan-kawan.Lepas tu, Suria buat suprise utk birthday Adli.Dia terkejut sebab ada kek di bawa oleh Sahri.Ini telah di rancang sehari sebelum majlis ini.Thanks Awek n Sahri ok. Happy gak Adli masa tu. Suria jemput la semua commitee Za8fc serta kawan2 lain dan tidak lupa gak Pria Fantasia..Za8 tapi dia tak nak sebab nak nyanyi tak leh makan dulu.Itu la petuanyer kot..
Ok selepas semua dah nyanyi..kami bergambar la dengan mereka sebelum balik kan.Suria sempat la jumpa Anding,Bob,Zahid,Farah,Edlin,Mas,Sahri,Azizi,Kaer,Adam,Zarina.Yg lain tidak sempat nak jumpa.Akhirnyer impian suria nak jumpa kesemua 12 bintang AF 2 tercapai.Lepas je bergambar, apa lagi balik ler..
Ni ada cerita sedih nak beritau ini.Lepas antar IZrin,kete Suria tiba-tiba mati enjin berhampiran rumah IZ.Ada la 3 jam tunggu dalam kereta, nasib baik la Adik Suria datang kan. Lagi satu, bateri pulak kong.Memang kes naya dibuatnyer la.Itu la pada mulanyer happy tapi akhirnyer sedih jua...Tapi at least perhubungan Suria dan Adli bertambah baik selepas tu.Tapi geramnyer sampai umah kena marah dengan abg..aduhai...
Tu je dulu..bubye
Suria Mamarazi AF 29 November 2004 3.16 am
Posted at 04:58 am by suria
Saturday, January 01, 2005
Assalammualaikum semua...
Wah tak sangka kita dah masuk tahun 2005..em, actually sebelum thn baru Suria dah rasa sayu di hati.Mungkin kerana bencana Tsunami kan. Kesian, sedih, sebak dan tidak terkata perasaan Suria.Siapa sangka negara yg dikatakan selamat iaitu Malaysia di landa dengan bencana paling membahaya di dunia ini.Adakah ini tandanyer Kiamat akan tiba...nazubillah..mari la kita ambil iktibar atas apa terjadi..sedarlah ek...em..sedih2...
Well, untuk thn baru ini, Suria harap suria dapat pekerjaan..alhamdullilah memang sekarang suria dah bekerja..lepas tu diharap dapat sambung belajar di Uitm dalam bidak Mass Comm atau dalam bahasa lain adalah Komunikasi Massa...hehehe..harap la ek.Suria pun harap dapat miliki kereta sendiri..Em..lagu satu suria dapat bertemu seorang insan yg menyayangi Suria dan dapat beri tunjuk ajar serta menjaga diri ini.Sudah acap kali bertemu dengan insan yg salah..agaknyer ini la dugaan kepada Suria kan..Sekarang suria bersendirian dan mengharapkan kasih sayang daripada kawan-kawan.Ada seorang kawan suria sudah salah anggap terhadap layanan Suria.Mengapa tidak tahu la..yelah bab kata kawan Suria sorang ini, bukan semua boleh ikut rentak kita.Thanks E...u really a good frens..:) Suria pun harapkan perhubungan Suria dengan family baik untuk selamanyer dan keluarga suria dalam keadaan sihat walfiat.Suria pun dalam tahun 2004 menempuh dugaan yang besar iaitu terlantar di hospital selama 2 bulan kerana hilang ingatan kot..itu la saat suria merasakan saat kematiaan..Alhamdullilah suria dah sihat cuma kena berhati-hati selepas ini.Ya allah!! Ampunkan dosaku seorang insan yang lemah.
Pada 3 Januari 2004, suria bermula kerjaya suria.Walaupun tidak mengikut kelulusan Suria tetapi suria suka cara pekerjaan di situ.So far, suria sudah lupakan permasalahan melanda di hati ini.Thanks for my frens kat TGV OU..u ppl are rocks!! i luve u guys very much!! forever frens..nobody can replace u all..we always happening n no hurt feeling...!!
Actually, Suria berterus terang bahawa buat sementara waktu ini suria harus lupakan tentang sesuatu hubungan serius. Sudah banyak kali dikecewakan.Suria tidak mahu kecewa..yelah bila kita jaga baik mereka buat perangai.Bila dah putus, nak balik.Tapi suria tak salahkan mereka kerana kita akan menghargai orang itu apabila kita kehilangan dia. Jangan risau..korang ttp kenangan untuk Suria okay.Mengapa susah untuk mencari PRICE CHARMING..dimanakah dia..ingat suria sudah temui..tetapi kita hanya dapat menjadi kawan.Ada seorang itu yang jauh diseberanng, ingatkan dapat membahagiakan Suria tetapi rupanyer Suria dah salah langkah.Biar la dia nak memendam rasa perasaan.Dia sudah terlambat, tidak mungkin Suria menerima dia kerana Suria dah beri peluang kepada dia.Hari ini barulah Suria sedar bahawa dia dengan ex-bf Suria sblm ini sama je perangai je.Sedih hati ini tetapi Suria kena tabahkan hati.Suria kadang2 pelik mengapa Suria mcm ini, kenapa tidak temukan sahaja JODOH suria tetapi bukan kuasa kita ia adalah kuasa Alllah SWT..Ingat la walaupun M bukan kekasih dan bukan teman biasa..namun M sudah terlambat untuk segalanyer.Maafkan Suria okay M..moga M bahagia dengan insan lain.Bukan suria, kita hanya lah seorang yg GEMUK yg suka mengusik orang.Biarlah suria berseorangan.Suria bukan nak M sakit hati atau benci Suria tetapi M memaksa diri Suria seperti ini.Mungkin ada silap Suria, maafkan suria ok M.Ye mmg betul kalau suria dah mengusik kdg2 tidak sedar orang itu tidak suka. Seperti kata kawan Suria Z, bukan semua suka dengan kita dan kena dengan cara kita..Sorry ek guys, suria tulis mcm ini untuk melegakan apa gelodak di dalam hati...
MEngenai AF, mereka akan menjalani TOUR seluruh msia.suria harap mereka semua success..Suria sayang banget dengan korang!!
Ok la semua, Suria harap korang dapat mencapai impian korang.Ingatilah 5 perkara sebelum 5 perkara.Sayang korang Semua..Friends forever...!!!Happy new Year..Wassalam...
Sayang I....
Suria MAMARAZI AF
Posted at 02:07 am by suria
Wednesday, December 29, 2004
Assalammualaikum...
Well, sbb semua menantikan report mengenai CBE, di sini suria sebagai wakil utk semua akanmenceritakan apa yang berlaku ek.
Pagi
Biasa la semua commitee kena datang awal kul 9 am walaupun sblm tu semua tak leh tidur sbb risau akan program pada hari nih. Masa ini kami nak menyiapkan segala kerja yg belum settle dari semlm. Em, macam2 ragam la masing..tup2 kul 10 am Edlin datang dengan cute dia pakai baju EFC..bangga tgk dia..:) Sampai je dia, terus buat sound check n apa2 la..tiba dia cakap "Edlin Lapar la, jom makan"..kesian dia ek..tapi paling best dia puas hati dengan design yg dibuat oleh encik hafiz..thanks a lot ek..jasamu di kenang sampai bila2..
Tengahhari
Hah masa nih agak risau ek, ada yg baru nak make up ler, nak tukar baju ler..buat rebonding ler..muhahahaha..ada yg nak tidur ler apa la..mcm2 la gelagak sebab nervous masing2 kan..Ok start kul 1 pm, orang dah start datang. Kami nih bersedia sedia ler..
Petang
Kira-kira kul 2 pm, baru la lagi ramai yg datang utk majlis ini. Edlin sampai dalam kul 2.45 pm. Tapi sebenarnyer Zahid sudah sampai waktu tu..so cepat2 la suria jemput dia kat bawah dan bawa naik atas..kelakar betul mamat nih bila nak disorokkan..selepas tu Sahri lak datang lewat serentak dengan Edlin..aduhai nasib baik tak kantoi..cepat2 tarik tangan si sahri tu. Kebetulan suria MC so minta maaf banyak kali dengan semua sebab kelewatan Sayang kami Iaitu Edlin ek. Masa ini gelabah tak tentu pasal ler..nak mula mana dulu..so dengan kepakaran suria so tukar la aturcara tu serba sedikit kan. Masa tibanyer Sayang kami ini, so kami semua bangun n tepuk tangan atas kedatangan dia..selepas tu muncul la adik Edlin bersama teman nyer serta kawan Edlin..kawan je...:) Selepas itu, ucapan SELAMAT daripada Edlin utk semua hadirin yg datang..dan apa lagi..lepas tu makan....Sbb mama n papa edlin lewat sampai so acara makan dulu dimulakan...:)..
Selepas semua dah kenyang, perut pun besar..muhahaha..majlis dimulakan secara rasmi dengan ucapan daripada Puteri aka Presiden FC..terketar2 dia baca text..selepas tu ucapan daripada Edlin sendiri..tak terketar2 pun..hehehe..dengan itu Penyerahan Jaket Edlin oleh Papa Edlin untuk menunjukkan bahawa Edlin mempunyai FC sendiri.Selepas itu Edlin mendendangkan lagu Kau Persenda..masa ini la Zahid keluar membawa bunga diikuti oleh Sahri..Edlin ingat Anding rupanyer tidak..hehehe..jadi gak suprise nih kan..risau gak..:)..Selepas itu, cabutan bertuah..K.ros daripada AFTC dapat Cabutan Bertuah(1). Selepas itu, Edlin nyanyi ke hujung dunia kan..sayup je..tika ini teringat kat org Kuching er..muhahaha...selepas tu apa ek..suria ini ingat2 lupa acara tonton video daripada Anding kan..yelah video tu dibuat khas kerana anding tidak dapat hadir atas sbb2 tertentu..tak pe la...daripada video tu..bergegar je bangunan sebab dengan gelak ketawa oleh semua..best kan video tu..
Habis je video tu, acara diteruskan dengan menganyam ketupat..ala disebabkan masalah teknikal ditukar kepada menganyam reben..:) maafkan kami semua pihak commitee atas kesilapan teknikal ek. Peserta yang terlibat adalah Presiden AFTC iaitu K.Lis, Alia kawan sekolah Edlin, Abg Sallehuddin wakil FC mana ek..hehehe dan Sahri..Kelakar tgk gelagat mereka terutama abg Sallehuddin kan..hehehehe..Dan pemenangnyer adalah K.Lis, walaupun tidak menang mereka still dapat hadiah saguhati. Selepas itu Cabutan Bertuah utk kali ke-2,mama Edlin kan.. dan pemenangnyer sapa ek..lupa la..kawan k.liya kan. Ops sebelum terlupa Zahid terpaksa pulang awal sbb dia ada fuction lain..em, masa nak bergambar dengan dia boleh dia pegang ayam..comel sangat..kesian nampak mcm lapar sangat2..:) tu la bintang yg terlalu bz kan...Lepas tu Edlin nyayi lagu Ceria Bersama Mu kan bersama Abg Sallehuddin..chewah walaupun tiada rambut cacak2 tapi boleh la..kenapa la abg kita sorang nih lupa lirik ek..hehehehe...Papa Edlin pun ada mendendangkan lagu..ROCK HABIS la..sore sedap..papa n mama Edlin pun ada berduet dengan lagu apa ek..lupa la sapa2 ingat habaq mai ek..
Lepas tu acara nyer adalah apa ek..Suria lupa ler..rasanyer Tiru Gaya Edlin kan..hah peserta nyer adalah K.Ros wakil AFTC, Ziha wakil EFC, Olen kawan Alia dan anak abg Hasbullah..tapi sayang kami sediakan hadiah utk sorang sahaja pemenangnyer..:) K.ros mmg ligat atas pentas begitu juga yg lain..semua mmg best giler n sporting. Edlin mendendangkan lagu Kau Persenda dengan aksi2 yg menghangatkan..hehehe..Cayalah semua!!!..Selepas tu adalah acara Karaoke..hah masing2 nak tunjuk bakat nyayi termasuk la MS MC hari tu..dapat berduet dengan Edlin dengan lagu BBC,sharin dengan lagu apa ek..Awek serta ROsman dengan lagu apa ek..lupa ler.Lepas tu Papa N Mama Edlin duet dengan lagu Seriring n Sejalan..w/pun ada gangguan tetapi best sangat mereka berduet..romantik ler..Dan selepas tu adalah acara penyampaian hadiah dan best dress for guy n ladies. Pemenangnyer adalah K.ros dan Kawan Edlin..em..mereka nih mmg cukup bergaya hari tu..Dan utk mengakhiri acara Edlin mendendangkan lagu Hero tetapi Hero tiada utk kali ini..sedih gak kan..:(..Dan akhirnyer Edlin memberi ucapan terakhir dia...dan suria pun happy sebab tugas dah tamat...
Ketika kita bergembira waktu itu,rupanyer ada kesedihan melanda di belah Utara negara kita.Mari la kita bacakan Al-Fatihah utk mereka yang pergi disebabkan Tsunami..Al-fatihah...Rasanyer kita rasa gegaran sebab gelak tawa kan..:(....
Suria nak ucapkan kepada semua yg hadir dan lain kali join tau...kalau nak tgk gambar kat http://edlinfc.fotopages.com
Suria CREW EDLIN FC
p/s copy from EDLIN FC YG
Posted at 02:23 pm by suria
Monday, November 29, 2004
kEMALANGAN NGERI DI KEMAMAN
Assalammualaikum sekali lagi ek..
Ok tentu kamu semua ada baca tentang kemalangan maut pada raya ke-4 iaitu hari khamis 2 minggu lepas.Kemalangan yg melibatkan van dan honda putih.Sebenarnyer mereka merupakan sedara belah mak suria.TIdak sangka begitu lama tidak ketemu ditemukan dengan permergiaan mereka.Kebetulan masa itu, Suria ada kat kampung so dapat la lihat jenazah kan. Tapi yang paling sedih selepas seminggu kami terima berita salah seorang lagi pergi kerana kecederaan yg di alaminyer.Dan 2 orang lagi masih di rawat di hospital terengganu.
Kepada semua pemandu di luar sana, memandulah dengan berhati-hati kerana maut tidak berbau ek..Al-Fatihah...
Suria
5.23 am
Posted at 03:56 am by suria
Permalink
Berhari Raya Bersama Sahri,Zarina dan Khai
Hari Raya Ke-3
Hah nih adalah perancangan last minute bersama Awek, Brown dan Izrin.Semasa raya ke2 dah cakap awek nak pergi jalan beraya rumah Sahri.So awal pagi kira-kira kul 9 ambil Izirin, lepas tu terus shot ke rumah Awek.Kami berkumpul di sana dan naik kete Brown.Dah lama tak jumpa mamat tu, entah la asyik tengelam je kan. Kami berempat je lagipun Adli tidak dapat ikut sebab dia balik kampung.Kesian dia.
Macam biasa la highway tetap jem.kadang-kadang tidak faham mengapa la asyik jem kan.Kalau ada roti sure dapat di sapu di atas.Aduhai apa lak aku mengarut nih..hehehe..Sampai rumah Sahri kira-kira pukul 1 tengah hari macam tu.Nasib baik la tangga tak tinggi kalau tak semput je.SUka sangat bila dah sampai.Masa sampai, mak sahri tgh memasak di dapur kan. Masa tu ayah, adik dan kakak Sahri pun ada.Budak kembar berdua tu ada gak.Mereka dah besar panjang hah tapi terpaksa tidur, mak diorang suruh. Yg best tu mak sahri masak ikan masak asam pedas..aduhai sedap sangat.Gulai ayam nyer pun hingga menjilat jadi.2 kali tambah sebab sedap sangat la. Lepas makan tu, dok rehat dan masa ini la Sahri tanya nak pergi mana.Kitaorang pun cakap la nak pergi umah Khai dan Zarina.Actually Sahri nak bawa kami semua ke rumah Edlin tetapi Edlin dah pergi umah uncle dia so tidak jadi la.Selepas dalam 2 jam, kami telah ambil kata sepakat nak pergi rumah Zarina, Khai dan Nija. Sahri cuba hubungi mereka.Agak lama la nak tunggu diorang jawab,tak angkat la mereka berdua tu, entah apa la mereka buat kan.Tidak lama lepas tu, baru la Zarina angkat.Tido rupanyer.Kesian masa ini la dia dpat tidur lama-lama kan. Bila dah confirm tu, kami semua terus bersiap nak pergi JB kan.Tapi tidak lupa dok bergambar dengan keluarga Sahri.Mak dia baik sangat dan bapak Sahri jugak.Nenek sahri pun sama..ala adik serta kakak dia pun sama..pendek kata keluarga Sahri ini baik-baik belaka la.Masa ini adik sahri tidak percaya kami semua muat naik satria.Bila sudah dibuktikan hah semua tergelak kan..yelah masing2 size sama kecuali Izrin.Dalam kereta tu, apa lagi bergossip la kami.Kata mamarazi AF kan..lagipun Sahri dah jadi mcm kawan Suria je.
Rasa jauh je perjalanan kat JB. Mula-mula kami pergi rumah Zarina.Tersesat jugak la kejap kan.Nasib baik Awek familiar dengan jalan JB.Sampai je kat rumah Zarina, dia dah siap tunggu depan rumah.Masa tu ada gak peminat dia datang.So kami duduk lepak makan kuih raya Zarina.Dia cukup sempoi je. Tapi paling best tgk piala dia dan juga ada gambar dia masa perform.Ada gambar tu macam muka rosma.Kami dok senyum je la. Kami tidak lama kat situ sebab nak pergi rumah Khai.Siap ajak Zarina, tapi dia malu-malu kucing je.Hehehehe..SIap tanya la mana rumah khai tapi dia pergi tanya mak dia pulak.Kelakar betul Zarina tu.
Masa rumah khai tu, terkejut gak la..dia dengan Zarina sama.Simple je, memang mereka tak gaya artis pun.Respect la kat mereka berdua.DI rumah khai ini, ramai pulak kawan mak sedara khai datang kan.Penuh rumah khai tu hah.Menu mereka adalah Nasi Goreng CIna, Rendang dan Mee Goreng dengan air sirap.Kuih-muih tetap ada la.Masa ini aduhai riuh serumah tu, nasib baik tingkat bawah.Tak de la nak runtuh kan. Kira-kira pukul 8 lebih kami pun bertolak pulang ke KL.Sebelum itu kena antar Sahri dulu.
Nasib baik masa on da way nak balik tiada jem.Oh pasal Nija,kami tidak dapat beraya bersama kerana dia balik Singapura.Masa on da way balik tu, terasa penatnyer.Sampai kat KL kira-kira kul 12 lebih.Lepas hantar Izrin, so sampai la rumah pukul 1 lebih..aduhai masa nih a.ngah kita ada kat rumah baru sampai dari kuantan...Tu je la ek..
SURIA MAMARAZI AF 5.18 AM
Posted at 03:52 am by suria
Berhari Raya Bersama Nana
Raya Kedua Raya
Assalammualaikum kembali...hah sekarang nak cerita pasal raya bersama Nana kan.Sebenarnya perancangan ini adalah selepas dapat pesanan nana suruh datang kan.So Is, Nizal sepupu Epop dan Epop cakap nak pergi, so kami bertolak daripada rumah Suria dalam pukul 1 tgh hari mcm itu la. Mula-mula nak pergi awal tetapi mamat 2 orang tu pulak lambat kan.Yelah tidur lewat katakan.Lepas mereka ambil Epop terus datang rumah beraya kat Suria lak.Nizal dengan Is masuk kali kedua datang beraya rumah Suria kan.hehehe tak pe la anak bujang katakan suka menjenguk rumah anak dara .hehehe..Selepas itu, kami singgah tempat kerja epop sebab dia tercedera masa raya pertama..tu la dia main kaca lagi..org main mercun dia pergi pecahkan balang kuih raya kan..kelakar2..
Dalam perjalanan itu, tahu la highway utara-selatan tu, jem yang amat sangat tapi yg paling best Is la buat lawak dalam perjalanan itu.Tak habis dok ngorat makcik kereta sebelah.Memang ramai peminat la.Kira macam artis je kami semua ini.Hehehe..Masa nak sampai Muar tu, kami sepakat tak nak beritahu Nana kami nak sampai.Epop sms dia cakap tidak jadi datang.Tu yg best nak buat suprise kan.Suria rasa excited sebab ini pertama kali nak datang Muar. Yg best tu Epop boleh lupa jalan.Puas la nak cari jalan ke rumah nana.Nasib baik ada budak stsyen minyak tunjuk jalan tapi tak dek la tunjuk betul.Lepas tu tanya org muar, macam2 yg cakap jalan sana la sini la..pening den.Tula nak buat suprise punya pasal kan, hampir 2 jam dok pusing kat bandar muar.Masa tu dah hampir kul 6 petang.Setelah masing2 tunjuk kepakaran akhirnya suria jugak la nampak jalan tu.Macam-macam la gelagat kitaorang masa tu.
Bila je sampai kat rumah Nana, nampak la Nana kat depan rumah.Dia nampak terkejut dan excited kitaorg.Seronok nyer dapat datang umah Nana kan.Nana terus datang kat kitaorang dan cakap tak sangka kitaorang datang gak.Terkejut gak minah tu. Masuk je dalam rumah semua serbu tempat makanan sebab masing2 kebulur lapar.Suria lak tak makn dari pagi, lagi la rasa laparnyer kan. Masa sampai ada gak Sahri.La tak sangka dapat jumpa dia kat situ.Selepas acara makan-makan, lepak kat depan borak dengan mak Nana dan Nana.Mereka siap tunjuk cam ner nak buat ketupat.Si Nana buat ketupat sambil bercakap, kejap lak tu.Pantas tangan dia.Masa ni cakap la nak rasa ketupat sebab fav Suria kan.Lepas tu, aku epop dan sepupu epop minta izin nak sembayang.Dan kami sebenarnya nak tengok rumah Nana..FUlamak cantik la design umah ini, susunan nyer sangat indah.Makcik Nana cakap mak nana yang cipta design rumah itu.Memang cantik sangat.Masa nak sembayang tu, kami dibenarkan masuk ke bilik Nana..aduhai lagi satu suka sangat design bilik air Nana tu. Bila la dapat kan mcm tu.Selepas selesai solat, masa lepak2 dalam bilik Nana masuk cakap APA HAL BUAT DALAM BILIK NANA nih..Suria gelak-gelak je la..hehehe sebenarnya nak sangat duduk lama-lama dalam bilik tu.Design simple tapi menarik.Ada la bergambar sekejap dalam bilik, nasib baik Nana tak dek.
Kami lepak-lepak di ruang tamu bertemu la dengan adik angkat Nana,yg best berbual dengan makcik Nana la.Lagi satu Nana nih dok bz layan tetamu lain dan kami pun memahaminyer kan.Kira-kira selepas sembayang Maghrib, kami semua nak balik.Ikutkan hati nak je duduk situ lelama. Tapi sebab dah janji dengan mak epop nak hantar dia balik so dengan berat hati nak balik.Suria sempat jerit "Tak Nak Balik"..tapi semua nak balik so kena la ikut.Suria sempat la naik kereta Nana baru, jeles la kete dia warna pink.Nak gak, tunggu la nanti suria kaler kete pink kan.
Masa on da way, suria hanya tidur je sebab penat.Sampai kat Kl kira-kira kul 2 pagi..itu je la cerita ke rumah nana.Selepas Nizal antar balik, rasa lapar. Dan mereka lak pergi makan kat Bangsar, apa lagi curi keluar jumpa mereka di sana Tapi epop dah di antar balik dulu..hehehe
SURIA MAMARAZI AF 4.32 am
Posted at 03:05 am by suria
Assalammualaikum semua..
Hah pemcm dengan raya ek?.Dah nak masuk minggu ketiga kita semua berhari raya.Bagi Suria tahun ini Suria beraya di Kuala Lumpur kerana kaka ipar suria nak bersalin kan.So kami semua ambil kata sepakat berhari raya di sini sahaja.Pada malam raya, Suria keluar dengan Adli pusing-pusing satu KL tapi masalahnyer jem teruk.Ingatkan nak beli somethin utk mak suria tetapi tak jadi sebab jem.Last-last lepak di MCd Bangsar.Kelakar malam raya makan MCD mcm mat salleh je kitaorg kan.Masa ini nampak la tak ramai dah melayu kat bumi kl yelah semua beraya di kampung.Kita dari kg datang Kl beraya lak.kelakar..kelakar...Pada siang harinya, Suria dengan family semua membuat persiapan utk juadah raya.Kami masak rendang ayam dan daging, nasi impit.Rendang mak suria sedap sangat.Dia cakap tak dek resepi cuma dia dulu tengok orang masak dan ikut rentak dia la.
Ok pada pagi hari raya pula, suria dah dikejutkan oleh anak buah.Semua excited dah boleh makan pagi.Yang best dapat pergi sembayang raya beramai2.Seronok sangat.Kami bersembayang di Masjid TTDI.Ramai juga manusia yg hadir..tak sangka la ada yang beraya di KL juga.Selepas sembayang, terus balik rumah bergambar kenangan di hari raya.Makan juadah raya semestinyer kan.Selepas tu, kami ramai-ramia tuju ke rumah pak sedara suria di selayang.Yahoo dapat gak lontong..my fav tu.Bergurau senda di hari raya amat memuaskan hati.walaupun abg ngah suria tidak datang lagi tetapi kami ber5 adik beradik dan mak serta kakak2 ipar dan anak buah memeriahkan suasana.Selepas itu, suria mak dan adik2 suria pergi PWTC utk Rumah Terbuka PM n Menteri2.Ada mee, nasi impit, rendang, kuah kacang, kuih-muih dan palaing penting air sirap..hehehe..Tak sangka dapat jumpa Pak Lah depan mata.
Dan lepas tu, suria balik rumah la..hehehe..Tapi lewat petang ada kawan suria datang iaitu Is n Nizal.Mereka betul2 makan kat rumah tu.Selepas tu, kami ber3 beraya di rumah Epop.Actually kami semua ni satu geng la.Umah epop kat area Tanjung Karang tu.Ingat dapat pergi rumah Adi tapi sebab lambat tak pergi la.Kat umah epop dapat makan nasi putih, ada sambal undang..hehehe..nasib baik la..jemu kdg2 makan makanan raya nih.hehe..Hampir kul 11 kami bertolak balik.Yelah mereka bawa anak dara orang kan..mesti ler..Lagipun esok nak beraya di umah Nana lak..
Bagaimana raya korang lak.megh la berkongsi dengan Suria pulak..hehehe..tu je..lepas nih cite beraya dengan nana,sahri,ayin dan khai okay..Bubyeeeeee
Suria 3.30 am
Posted at 02:03 am by suria
|
|
|